Wah, setelah sekian lama tak menulis, tetiba hari ni rasa nak menulis Kononnye nak mula buat blog, rupanya ada blog lama. Tak matang sngguh, terpaksa delete.. = p
Kenapa Mahu Menulis
22 October 2011 adalah tarikh HIMPUN (http://www.himpun.org/) yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Berobjektifkan untuk menyedarkan umat Islam tentang isu murtad yang menjadi-jadi di Malaysia di bawah gabungan pelbagai NGO. Ada suara-suara tak puas hati kedengaran, ada juga suara-suara sokongan. Lebih kurang 10 000 orang yang hadir daripada target asalnya sejuta. Tazkirah muhasabah dari seorang ukhti membuatkan saya terfikir dan juga tertampar. 'Dua penjelasan sahaja daripada bilangan yang hadir, sama ada kurang promosi atau pun ikhwah dan akhawat tidak bekerja'. Yang mana satu realitinya, waAllahua'lam Mungkin ini adalah penanda bahawa kita harus mengembalikan sensitivity umat Islam terhadap keselamatan aqidah sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang begitu peka terhadap hilangnya semangat jihad pada umat Islam ketika itu.
Bertitik tolakkan isu ini, maka saya juga tidak mahu ketinggalan menjadi parajurit di barisan hadapan untuk sama-sama memperjuangkan kebenaran Islam melalui medium penulisan. Ya, saya seorang yang tidak pandai menulis, dan tidak suka menulis. Tapi saya kira ini sebagai satu cabaran buat diri sendiri untuk mengasah bakat.
Arah Tuju Blog Ini
InsyaAllah blog ini saya jadikan sebagai ruang untuk saya berkongsi idea, pandangan dan juga pegalaman berdasarkan ilmu yang saya ada. Moga Allah memandu setiap penulisan saya.
Ihfadzillaha yahfadzuk
-Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu-